Sistem ini diwujudkan untuk pendaftaran dan permohonan bagi mendapatkan Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan yakni ladang dan premis pemprosesan makanan berskala kecil bagi penternak dan usahawan ternak secara individu/persendirian yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)..
Untuk memohon, klik Pendaftaran Penternak/Usahawan Ternak. Seterusnya log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan untuk membuat permohonan.
Surat Pengesahan ini boleh digunakan dalam jarak 10km radius sahaja. Bagi tujuan pergerakan merentas daerah/negeri melebihi 10km, surat ini boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk memohon permit pergerakan daripada PDRM di Balai Polis berdekatan.
PDRM atau pihak yang berkaitan boleh membuat semakan ketulenan Surat Pengesahan ini dengan membuat imbasan Kod QR yang tertera.
Pemegang atau penama di dalam surat ini dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang penyalahgunaan maklumat peribadi yang terkandung pada surat ini atau menggunakannya bagi tujuan lain.
Bagi Syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tuan/ Puan dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem CIMS 3.0 melalui link https://notification.miti.gov.my/login.
Pemohon yang telah mendapat Surat Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar secara dalam talian (online) sebelum tarikh 14 Julai 2021 perlu memuat turun Surat Pengesahan terkini yang menggunakan akronim PPN melalui Sistem eTERNAK DVS.
Individu yang telah mendapat Surat Pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar secara manual perlu memohon surat terkini melalui Sistem eTernak DVS.
Syarikat yang telah mendapat Surat Pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu memohon dengan MITI bagi mendapatkan surat baharu melalui Aplikasi CIMS 3.0